Tuesday, December 28, 2010

LATARBELAKANG

Kelas jahitan ini diujudkan pada tahun 2009 dibimbing oleh Puan Asmaiani Bt Nan.Ini adalah dorongan daripada Pengetua pada masa itu iaitu Puan Hajjah hatijah Gan binti Abdullah. Pada awalnya kelas ini hanya melibatkan 2 orang pelajar. Pelajar terbabit ialah Aiamie Fatiqah Azamai dan Nurfaqihah Razali. Mereka diajar diluar jadual waktu kelas. Memandangkan masa tidak mencukupi iaitu hanya 2 masa seminggu diperuntukkan, pelajar tersebut menjalankan aktiviti jahitan selepas waktu sekolah.Kerana  kegigihan mereka berdua untuk menguasai asas jahitan mesin, mereka belajar di rumah guru pada waktu hujung minggu dan cuti persekolahan.

Bimbingan daripada Ketua Panitia ERT SMK Paya Besar amat dihargai. Puan Sarifah Mansur sentiasa membantu menyalurkan apa saja bantuan dalam merealisasikan kelas ini berjaya. Begitu juga dengan Puan Nooriyati, Guru cemerlang Kemahiran hidup yang tidak jemu memberi idea dan teguran membina.Terima kasih kepada semua Guru Pendidikan Khas yang lain diatas kerjasama dan segala-galanya memberi semangat kepada kami untuk maju ke hadapan.Untuk semua guru arus perdana yang sentiasa membantu, kami mengucapkan terima kasih khususnya kepada Puan Kamriah Jusoh, Puan Salmiah Bani Hashim, Cik Nita dan Cik Julina.