Friday, March 4, 2011

KUNYIT MENCEGAH PENYAKIT?

Kunyit sejenis rempah yang digunakan dalam masakan, merupakan salah satu penyembuh semulajadi paling mujarab. Kegunaannya telah bermula selama 2,500 tahun dahulu. Rempah tersebut dengan perlahan telah memperlihatkan sifat perubatan sejak berabad lamanya.

Sejak kebelakangan ini, kunyit mulai mendapat tumpuan ramai kerana keupayaannya dalam pencegahan banyak penyakit.Penyelidikan menunjukkan komponen aktif dalam kunyit boleh digunakan untuk mencegah pelbagai penyakit seperti kanser kolorektum,Alzheimier, Arthritis dan gangguan kulit.

Kajian menunjukkan komponen dalam kunyit mempunyai sifat anti oksida, anti radang dan menurunkan kolestrol. Kajian mencadangkan mereka yang mengambil diet kaya dengan kunyit akan mempunyai kadar rendah kanser payudara, prostat, paru-paru dan kanser kolon. Bagaimana dengan penyakit Akzheimer pula? Penyakit ini adalah sejenis gangguan otak yang teruk mempengaruhi keupayaan seorang untuk melakukan aktiviti seharian melibatkan bahagian otak yang mengawal pemikiran, ingatan dan bahasa.Mengikut kajian bahan dalam kunyit membantu dalam menuetralkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan otak dengan mencegah kesan pemusnahan pada peringkat awal.

Bagi penghidap arthritis, kunyit telah digunakan berdekad lama untuk merawat keadaan radang seperti osteoartritis..

Tapi masalahnya.......
 Kunyit adalah bahan yang tidak larut dalam air dan ia susah diserap ke dalam peredaran darah, sekiranya ia berjaya diserap, ia amat cepat diuraikan. Jadi...kena ambil makanan tambahan dan rujuk mana-mana doktor...ini sekadar info untuk dikongsi saja

No comments:

Post a Comment