Wednesday, February 16, 2011

PESANAN ORANG TUA

Siapa kata petua nenek moyang tidak boleh diikuti? Amalan ini diwarisi turun temurun daripada golongan tua kepada yang muda. bermacam-macam petua tradisi yang terus dipegang hingga ke hari ini...Emm di arena Budi ni, kita akan berkongsi pelbagai petua dan dijadikan panduan pada kita semua.

Hilangkan Pahit Peria

Peria secara lumrahnya memang pahit tetapi amat berkhasiat.Bagaimana untuk mengurangkan pahitnya.

Potong peria nipis2
Selepas itu rendam dalam air sekejap
Masukkan satu sudu garam dan kacau hingga larut.Biarkan beberapa minit
Bilas dan toskan
sedia untuk dimasak.

Bersihkan siput sedut.

Memang menyelerakan jika dibuat masak lemak bersama pisang muda. Tetapi jika tidak dibersihkan dengan baik, boleh menghilangkan selera makan.

Masukkan siput sedut dalam mangkuk besar
Taburkan pula hampas kelapa
Kacau rata
Tutupkan bahagian atas
Biarkan semalaman
Keesokkannya barulah potong bahagian hujungnya dan jangan lupa..
Basuh hingga bersih

LEMBUTKAN DAUN PISANG

Melayurkan daun pisang kadang-kadang mendatangkan masalah.Hangus, hitam, melelepuh jari dan macam-macam.Jom cuba petua ni....

Celupkan daun pisang dalam air panas
Lapkan hingga kering
Eh! mudah kan!!!?

No comments:

Post a Comment