Sunday, February 20, 2011

PROGRAM JARINGAN KE SARAWAK DAN BRUNEI 2011

InsyaAllah, pada 29 Jun hingga 2 Julai Lawatan kerja Pusat Sumber serta Pendidikan Khas & Program Jaringan Ko akademik Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa akan dilaksanakan. Tempoh lawatan selama 4 hari 3 malam. Seramai 26 guru dan 14 orang murid terlibat. Dua orang guru yang akan menyertai Program ini iaitu Puan Asmaiani bt Nan, Guru Pendidikan Khas Integrasi  dan Cik Nita Norazrina bt Wan Ismail, Guru Media dan Pusat Sumber SMK Paya Besar.

Pengisian Utama Program

  • Pertukaran amalan pengurusan pendidikan terbaik kelas perdana dan kelas pendidikan khas integrasi (PKI)
  • Program Jaringan Koakademik murid-murid terlibat
  • Lawatan kerja dan pertukaran idea mengenai budaya dan peradaban pelbagai bangsa dan etnik
  • Menjalinkan kerjasama persefahaman antara sekola-sekolah terlibat.
Semuga segalanya berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment